Assalamualaikum,
Hari ini dah masuk hari ke 17 kita berpuasa. Tak lama lagi dah nak raya tapi ada raya yang lebih penting dinanti-nanti oleh ahli-ahli politik iaitu Pilihan Raya Ke12. Kita menanti sahaja bilakah PM nak umumkan pilihan raya. Kempen-kempen sedang giat dijalankan sama ada secara senyap atau terang-terangan. Apa-apapun kita tunggu sahajalah jawapan dpd PM. Masa ini jugalah ramai peramal-peramal akan lahir menilik bilakah hari yang sesuai untuk mengundi.
Saya ni hanyalah rakyat biasa yang memerhati senario politik kita yang spt cuaca dunia hari ini. Kadangkala ok kadangkala gelora. Macam-macam.
Kisah pembunuhan adik Nurin memang menghayat hati semua rakyat Malaysia. Alhamdulilah, suspek2 di dalam kes ini juga telah ditahan. Sekarang ini jugalah masanya bagi PDRM membukitikan dan membersihkan beberapa dakwaan kelemahan yang wujud pada badan kerajaan ini. Harap-harap pembunuh adik NUrin dijatuhkan hukuman yang setimpal.
Saya tak sabar nak tengok anak bulan- berharap sgt di hari baik bulan baik ini setiap pemimpin politik muhasabah diri masing2 tentang harapan dan masa depan agama dan bangsa kita di muka bumi Malaysia ini.
Sekian
Friday, September 28, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Oh!! your topic very long but I agree with idea......so good...
Post a Comment