Hari ini saya bersama emak, asma dan es ke kelang mencari barang-barang persiapan kahwin asma dan faizal. Tentang aku bila nak kahwin jangan ditanya. Belum sampai masanya. Leceh beli barang kahwin ni. Macam-macam benda dibelek, dilihat, dinilai dan lain-lain. Biasalah orang perempuan kalau membeli belah pastinya cerewet dalam memilih barang.
Politik oh politik, sukar untuk menduga politik di Malaysia ini. Apa yang kita sokong selama ini?
Bila SPR mendedahkan terdapat seramai lebih kuran satu juta orang Melayu tidak mendaftar sebagai pengundi, ramai ahli politik panas punggung. Menyalahkan rakyat yang tidak mahu terlibat di dalam pilihan raya. Entahlah, mungkin ramai yang tidak mendaftar ini tidak dapat melihat apakah kepentingan mereka di dalam pilihan raya. Kerajaan yang dipilih tetap sama, tidak berubah sejak tahun 1955 lagi. Oleh itu mereka ini hanyalah beranggapan bahawan kerajaan itu adalah satu parti sahaja yang memimpin. Alahai pengundi Malaysiaaaa....
Sunday, October 28, 2007
Saturday, October 27, 2007
VIRUS
Minggu ini memang sangat tertekan, komputer di pejabat tidak boleh diselamatkan lagi. Serangan virus yang tidak dapat dikesan walaupun telah menggunakan beberapa antivirus yang ada masih juga tidak mampu membersihkan virus yang tersembunyi. Langkah terakhir harus diambil, komputer harus diformat semula. Saya terpaksa meminta bantuan jurukomputer pejabat untuk membaiki semula.
Secanggih mana pun perisian yang ada kalau sudah tidak boleh diselamatkan jawapan terakhir memang kena format.
Sekarang hendak cuba perisian baru, tengok kalau-kalau serasi.
Secanggih mana pun perisian yang ada kalau sudah tidak boleh diselamatkan jawapan terakhir memang kena format.
Sekarang hendak cuba perisian baru, tengok kalau-kalau serasi.
Friday, October 19, 2007
Low Yat
Petang tadi saya pergi ke Plaza Low Yat. Sebuah plaza yang cukup terkenal dengan perkakasan komputer dan elektronik. Saya ditemani anak saudara saya, Nina. Tujuan ke sana adalah untuk membeli beberapa barang untuk tujuan kajian. Alat yang dicari seperti printer, external hardrive, ram dan pendrive. Sudah beberapa kali ke situ tetapi sampai sekarang tak pernah ingat lorong-lorong dan kedai-kedai. Semuanya nampak sama. Keliru saya dibuatnya. Beli barang komputer ni sama sahaja beli barang dipasar. Mesti pandai tawar-menawar, harga yang ditawarkan berbeza disetiap kedai. Kena pandai cari kedai yang berpatutan harga dan baik perkhidmatannya. Harga barang pun sama mcm harga saham. Kejap naik kejap turun. Satu perkara yang seronok ke sana ialah kita dalam masa yang sama mempelajari teknologi-teknologi terkini. Saya dah lama sangat tinggalkan ilmu IT ini sehinggakan tidak tahu apa benda yang terbaru. Anagan-angan ingin memiliki sebuah PDA tapi tak taulah bila dapat merasakannya.
Salam
Salam
Thursday, October 18, 2007
Aidilfitri
Masih awal lagi saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada muslimin dan muslimat. Raya tahun ini kurang meriah, selain daripada pemergian nenek tercinta Hjh Siti Fatimah, isu-isu lain timbul menyebabkan kemeriahan raya tahun ini tidak seperti tahun-tahun sebelum ini. Bagi kakitangan kerajaan, mereka ternanti-nanti duit raya yang dijanjikan tetapi sedihnya duit raya yang dikatakan diluluskan tidak menjadi kenyataan. Perit seketika memikirkan kenaikan harga barang makanan sehingga menyebabkan kurangnya lauk-pauk dihidangkan dipagi raya.
Semasa berkunjung dan mengziarahi sanak-saudara sempena bulan baik ini, perbualan tidak terlepas daripada membincangkan isu-isu semasa yang berlaku dalam negara. Kesedaran politik makin lama makin meningkat dikalangan rakyat Malaysia. Cakap-cakap politik masa kini bukannya cakap-cakap kosong atau cakap kedai kopi. Rakyat kini sudah mudah memiliki dan mendapatkan maklumat daripada pelbagai medium. Kecanggihan ICT mendorong mereka mendapatkan maklumat dengan mudah. Lupakan seketika mengenai integriti mahupun kredibiliti media baru ini. Yang penting disini adalah kita bercakap mengenai maklumat bukannya sumber. Walaupun Laswell mengatakan Who Says What When Where and How, tetapi kita hari ini mementingkan maklumat daripada siapa yang menyampaikannya. Erti kata lain yang penting kandungan. Jika mengikut Mcluhan pula, beliau mengatakan medium yang mengubah masyarakat bukannya kandungan (Medium is the message). Oleh itu bolehlah kita katakan media baru hari ini telah menjadi salah satu sumber maklumat politik bagi rakyat.
Keberanian berpolitik bukan semua yang akan memperolehi anugerah ini. Ia merupakan satu keberanian di dalam hati untuk berhadapan dengan pelbagai persoalan dan isu yang menjadi wadah perjuangan. Ramai yang boleh membicarakan mengenai politik tetapi berapa ramaikah yang berani berdepan dengan 'singa' dan 'anjing' yang menjadi 'musuh' dan 'kawan'.
Sempena bulan baik ini marilah kita merenung semula dan mencari dimana silap dan salah kita. Nilai semula perjuangan yang diperjuangkan dan lihatlah ke bawah menyaksikan kesengsaraan rakyat yang terpaksa bertarung untuk hidup bukannya hidup kerana politik.

Subscribe to:
Posts (Atom)