Masih awal lagi saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada muslimin dan muslimat. Raya tahun ini kurang meriah, selain daripada pemergian nenek tercinta Hjh Siti Fatimah, isu-isu lain timbul menyebabkan kemeriahan raya tahun ini tidak seperti tahun-tahun sebelum ini. Bagi kakitangan kerajaan, mereka ternanti-nanti duit raya yang dijanjikan tetapi sedihnya duit raya yang dikatakan diluluskan tidak menjadi kenyataan. Perit seketika memikirkan kenaikan harga barang makanan sehingga menyebabkan kurangnya lauk-pauk dihidangkan dipagi raya.
Semasa berkunjung dan mengziarahi sanak-saudara sempena bulan baik ini, perbualan tidak terlepas daripada membincangkan isu-isu semasa yang berlaku dalam negara. Kesedaran politik makin lama makin meningkat dikalangan rakyat Malaysia. Cakap-cakap politik masa kini bukannya cakap-cakap kosong atau cakap kedai kopi. Rakyat kini sudah mudah memiliki dan mendapatkan maklumat daripada pelbagai medium. Kecanggihan ICT mendorong mereka mendapatkan maklumat dengan mudah. Lupakan seketika mengenai integriti mahupun kredibiliti media baru ini. Yang penting disini adalah kita bercakap mengenai maklumat bukannya sumber. Walaupun Laswell mengatakan Who Says What When Where and How, tetapi kita hari ini mementingkan maklumat daripada siapa yang menyampaikannya. Erti kata lain yang penting kandungan. Jika mengikut Mcluhan pula, beliau mengatakan medium yang mengubah masyarakat bukannya kandungan (Medium is the message). Oleh itu bolehlah kita katakan media baru hari ini telah menjadi salah satu sumber maklumat politik bagi rakyat.
Keberanian berpolitik bukan semua yang akan memperolehi anugerah ini. Ia merupakan satu keberanian di dalam hati untuk berhadapan dengan pelbagai persoalan dan isu yang menjadi wadah perjuangan. Ramai yang boleh membicarakan mengenai politik tetapi berapa ramaikah yang berani berdepan dengan 'singa' dan 'anjing' yang menjadi 'musuh' dan 'kawan'.
Sempena bulan baik ini marilah kita merenung semula dan mencari dimana silap dan salah kita. Nilai semula perjuangan yang diperjuangkan dan lihatlah ke bawah menyaksikan kesengsaraan rakyat yang terpaksa bertarung untuk hidup bukannya hidup kerana politik.
Thursday, October 18, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
oh! this topic is really interesting. thanks for this article.
Post a Comment